Eunice marah akan saya. Pada petang tadi dia pesan saya agar jangan 'online' terlalu lama malam ini tetapi saya telah mengendahkan pesanannya. Saya berasa sungguh serba salah sekarang..
Saya sepatutnya membuat persiapan kerana saya akan ke New Zealand pada hari Jumaat ini, iaitu lusa untuk melanjutkan pelajaran saya ke pusat pengajian tinggi ataupun lebih dikenali oleh ramai sebagai kolej/universiti. Tempat yang akan saya pergi adalah jauh daripada sini dan saya berasa agak berat hati untuk meninggalkan tanah air yang kucintai ini, Malaysia. Saya pasti akan merindui keluarga dan rakan-rakan saya yang berada di sini. Walau bagaimanapun, saya akan mencuba sedaya upaya dan belajar bersungguh-sungguh tanpa mengenal erti putus asa, bak kata pepatah, 'Usaha Tangga Kejayaan'. Sekiranya saya gagal mencapai matlamat saya dalam sesuatu perkara, saya tidak akan bermurung kerana bumi mana yang tidak ditimpa hujan? Saya akan bangkit semula dan mencuba lagi sehingga usaha saya membuahkan hasil.
Semasa di NZ, saya akan tinggal bersama abang saya untuk sementara waktu. Hal ini adalah kerana umur saya belum mencapai 18 tahun. Oleh sebab umur saya belum mencukupi, saya perlu berada di bawah jagaan orang dewasa. Apabila umur saya sudah mencukupi, saya boleh pindah dan tinggal di hostel universiti.
Setakat ini sahajalah lembaran pada kali ini. Sebelum saya mengundur diri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pembaca kerana telah berjaya membaca teks ini yang menggunakan Bahasa Malaysia sepenuhnya kecuali satu perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris iaitu perkataan 'online'. Jika perkataan itu diterjemahkan kepada BM, perkataan tersebut akan berbunyi 'atas talian'. Oleh sebab bunyinya tidak berapa sedap dan agak pelik, saya telah memutuskan untuk meminjam perkataan 'online' untuk memudahkan keadaan dan mengelakkan sebarang kekeliruan. Namun begitu, saudara dan saudari sekalian yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak digalakkan untuk menggunakan perkataan-perkataan Inggeris dalam menulis karangan atau menjawab soalan untuk kertas Bahasa Malaysia. Kalian hanya 'menggali kubur sendiri' jika berbuat demikian.
Maafkan saya, saya telah terpesong dan terlebih menaip. Saya tidak berniat untuk berbuat demikian.
Sebelum saya terlupa, 'Eunice' ialah kata nama khas iaitu nama seseorang. :)
HAHA are you dying to read an English word now? That was random. I was bored, pardon me. Haha.
I went to watch Transformers 2 this afternoon with Neece, WY, Albert, Emm, Rick & Ralph.
WAH. Syok man. I needed a movie to top Night At The Museum 2, gosh that one was.. if you haven't watched it you might as well not. It's not that interesting. Save that money and go buy yourself a Zinger combo meal =D
I haven't finished packing. YIKES.
xoxovon
Sam Witwicky: Hey, beautiful! I made you a long-distance relationship kit... I got you a webcam so we can communicate 24/7!
Mikaela Banes: Sounds cute. I can't wait...
Awww.. Where's your webcam, huh Neece?
Wednesday, July 1, 2009
kemaskini
Posted by Amelia Yvonne at 11:25 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment